cin.ta.

Cinta si Merah.

ada yang mengatakan,
apabila bercinta,
kita tidak mahu tidur,
kerana,
jaga kita lebih indah dari mimpi.

ternyata ianya tidak boleh digeneralisasikan.
ia bukan suatu bentuk frasa umum.

kerana

cintaku bahagia di sebahagian jagaku
dan bahagia diseluruh mimpi dan anganku.

aku mahu tidur.
kerana tidur mampu melenyapkan derita cinta di sebahagian hidupku.
aku mahu tidur.
kerana tidurku adalah bersama dengan bahagia di sebahagian jagaku.

benar kata orang.
cinta tidak semestinya indah.
cinta itu bisanya tajam.
walaupun cinta itu ada kalanya.
indah semanis madu.

itulah dia,
cinta si merah.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © MerahWarnaPutih