0

Nukilan ini ditemani titis-titis mengalir dari mata…

Bukan tak suka…tapi sedikit kecewa…
Ini bukan pilihan kedua…tapi pertama…
Entah mengapa ia membawa duka…
Tapi ia tidak lama…
Sinar baru menjelma…
Kini ku yakin…pilihan ini adalah maksima…


Empat purnama…enam kali berganti…
Pantasnya masa hampir mencantas diri…
Namun didikan cendikia mendidik hati…
Naluri insani diterap rapi…
Ku panjatkan doa pada ilahi…
Mohon dirahmati…kerana aku tak mampu membalasi…

Nukilan ini ditemani titis-titis mengalir dari mata…
Kerana ku tahu bahawa…
Semua ini tidak akan menjelma untuk kedua kalinya…
Yang kupinta…restu dari para cendikia…
Halalkan segala…
Doakan anak didikmu semua…
Cemerlang dan sehebat kamu wahai cendikia…

Semalam, esok dan selamanya…
Kau adalah ibu dan bapaku kedua…
 
Copyright © MerahWarnaPutih