0

Ramadhan Bulan Barakah


Hari ini di ajak bonda tercinta,
ke kelas ilmu,
oleh Dr. Fatma El Zahraa.

Beliau adalah orang Arab yang telah menikahi warga tempatan (Malaysia).
Beliau telah tinggal di Malaysia selama 39 tahun, lebih lama dari jangka waktu beliau tinggal di Mesir.
Beliau dahulunya adalah seorang Doktor Pergigian.

Hari ini, kelas membincangkan tentang Amalan Ramadhan.
Mungkin yang merah tulis di sini tidak seberapa,
harapnya tetap dapat berkongsi bersama.

Empat Jenis Hati

1) Hati Baik -Pemilik hati ini memang bagus, imannya tinggi pendek kata segalanya baik lah.
2) Hati Busuk - Pemilik hati penuh dengan hasad dengki, dan dipenuhi dengan pelbagai dosa dalam hidupnya.
3) Hati Mati - Pemilik hati tidak tahu apa-apa. apa itu solat? apa itu puasa? untuk apa ibadah? apa syurga? serba tidak tahu. kosong. hati mati.
4) Hati Lalai - Pemilik hati berilmu, tahu hukum halal haram, tetapi masih berbuat dosa, tidak konsisten solat, melewatkan solat, dan sebagainya.

Ibadah Sedekah

Sepanjang Ramadhan, Rasulullah tidak pernah meninggalkan ibadah sedekah ini walaupun sehari. setiap hari baginda akan bersedekah di Bulan Ramadhan.
Hikmah sedekah;

1) Tolak Bala
2) Doa dimakbulkan
3) Dosa terampun bagaikan air memadamkan api.

Solat Sunat Muakadah (Solat Sunat 12 rakaat yang tidak pernah ditinggal oleh Rasulullah di Bulan Ramadhan)

Solat-solat sunat ini mampu menggantikan solat fardu yg pernah ditinggalkan dahulu.
Solat-solat tersebut adalah:

-2 Rakaat sebelum Subuh
-4 Rakaat sebelum Zuhur
-2 Rakaat selepas Zuhur
-2 Rakaat selepas Maghrib
-2 Rakaat selepas Isya'

Solat Sunat Muakadah yang lain adalah:

- Solat Duha (sekitar jam 9pg-12tgh hari)
- Solat Witir

Solat Sunat bukan Muakadah (Solat sunat yang kadang-kadang Rasulullah buat, kadang-kadang tidak)

- 2 Rakaat sebelum Asar
- 2 Rakaat sebelum Maghrib
- 2 Rakaat sebelum Isya'



Semoga sedikit perkongsian ini membawa barkah kepada kita di Bulan Ramadhan kali ini.
Salam Ramadhan.



 
Copyright © MerahWarnaPutih