e.m.o.s.i

Sejak kebelakangan ini, emosi merah tidak keruan.
terasa semuanya salah.
terasa semuanya tak betul.
orang cakap itu rasa nak marah.
orang cakap ini rasa terguris.

lalu mengalirlah air mata.

merah sama sekali tak ada niat nak melawan kata.
tetapi terasa ianya memang tak wajar.
diskriminasi yang melampau.
spekulasi yang keji.
streotaip yang buruk.

kadang-kadang merah terfikir.
apakah ini kerana kurang terpelajar?
maka dunianya menjadi terlalu sempit.
tidak melihat sesuatu dengan mata yang lebih terbuka?

merah amat kecewa.
apa gunanya ilmu yang ada.
apa gunanya pemahaman yg diterima.
apa gunanya keterbukaan mata dan minda.
jika tidak dapat menjelaskan.
jika tidak dapat membuat orang lain turut berkongsi apa yang di dalam kepala.

ternyata merah gagal.
kerana ingin menjaga hatinya.
kerana ingin menjaga maruahnya.
kerana ingin menjaga hubungan dengannya.
kerana tidak ingin dikata menderhaka.

merah memilih untuk diam.
dan menangis di kamar.

sendiri.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © MerahWarnaPutih