wanita TAK kahwin


Hari ini merah secara tak sengaja tertonton rancangan:
APA KATA WANITA BERSAMA ZAMZARINA
topik:
tentang Jodoh Wanita
secara ringkasnya kenapa wanita lambat kawen atau tak kawen-kawen.
mungkin di usia merah sekarang, merah dah patut fikir tentang kawen.
bukan topik ni tak menarik,
tapi merah tak mau dengar.
rasa sensitif.

Merah dengar hanya di awal program bual bicara itu, apabila hos rancangan membacakan sebuah artikel yang dia dapatkan dari internet, yang berjudul:


jadi saya search lah di internet, maka jumpalah, rupanya artikel itu ditulis oleh Mdm Cupid di laman web:

Berikut, adalah 8 sebab yang dinyatakan di dalam artikel tersebut:

  1. Belum sampai jodoh
  2. Terlalu memilih
  3. Takut dapat suami yang tak baik
  4. Pernah putus cinta
  5. Tak mau dikongkong
  6. Pentingkan kerjaya/karier
  7. Pilihan hati mendapat bantahan keluarga
  8. Kecewa dengan sikap kebanyakan lelaki


Di sini Merah nak beri pandangan secara peribadi tentang 8 sebab yang dinyatakan itu:

1) BELUM SAMPAI JODOH
bukan nak kata apa, jawapan yang agak cliche dan biasa di dengar. ternyata utk meyedapkan hati sendiri. tapi ada benarnya kan? bersyukurlah anda yang telah mendapatkan jodoh lebih awal, bagi yang belum mungkin masanya memang belum sampai, dan lelaki itu belum siap untuk dipertemukan dengan kita. Insyaallah, apabila dia sudah bersedia dan kita juga siap, maka bertemulah. Insyaallah.

2) TERLALU MEMILIH
ohh..haruslah..sebagai wanita educated, kita bukan boleh pilih sembarangan. harus berhati-hati. jangan asal boleh aja terus nak kahwin. orang semua kata kawen ni bukan perkara main-main. maka kita pun takleh lah main-main pilih. mesti pilih betul2~!!~ seperti mana dalam rancangan WHI TV3 baru-baru ini, pakar psikologi ada mengatakan, dalam memilih calon suami,
"tak perlu Mr. Perfect, cukup lah Mr. Good Enough, tapi jangan sesekali Mr. Bolehlah"
see? beerti memang harus memilih~!!

3) TAKUT DAPAT SUAMI YANG TAK BAIK
yess...soOoo true. kalau tgh berkawan atau bercinta pun dah tau perangai tak senonoh, apatah lagi nanti dah kawen. sedangkan banyak cerita sebelum kawen lelaki tu sangat la sweet, gentleman dan sebagainya, tapi lepas kawen hampeh. total berubah tu macam mana? dari hidup disusahkan..baiklah tak payah kawen~

4) PERNAH PUTUS CINTA
secara peribadi merah tak rasa ini penghalang atau penyebab merah tak kawen kawen sampai sekrang. sebab setiap kali putus pun sebab tau itu bukan lelaki yang sesuai. so no regret~!!

5) TAK MAU DIKONGKONG
errmmm...kalu point yang ini pun tidak berkaitan sangat, kerana merah memang seseorang yang suka dengan kehidupan yang mempunyai seorang ketua, dan boleh berkongsi serta berbahagi. jadi soal dikongkong bukanlah penyebab utk merah belum berumah tangga.

6) PETINGKAN KERJAYA/KARIER
Aduhai..kalau yang ini pun tidak bertepatan dengan merah...kerana merah belum lagi bekerjaya...hehehe...tapi sedikit bersetuju, kalau hanya kerana cinta merah ingin mengorbankan masa depan dan kerjaya. merah memang tidak sanggup. tapi untuk kondisi merah sekarang, sebab kerjaya ini tidaklah begitu membebani sehingga belum lagi kawen...

7) PILIHAN HATI MENDAPAT BANTAHAN KELUARGA
oh oh oh...buat masa sekarang memang merah terasa ini yang paling banyak berlaku sekarang. apabila dibantah, terasa tawar hati dan tak mau lagi mencari dan mungkin dijodohkan oleh seseorang oleh keluarga, hati tidak rela menyebabkan tak mau kawen.
maka:
"beruntunglah mereka yang dapat berkahwin dengan pilihan hati masing-masing"

8) KECEWA DENGAN SIKAP KEBANYAKAN LELAKI
kalau yang ini, merah tak ada pengalaman yang terlalu pahit, dan apa yang merah lalui sama sekali merah tak akan generalisasikan kepada keseluruhan lelaki. maka sesiapa yang ada terasa kecewa dengan sikap lelaki dan hingga terasa taknak kawen, merah nasehatkan supaya janganlah berfikiran semua lelaki itu semua sama, kerana setiap manusia adalah unik dan pasti berbeza. berilah peluang kepada lelaki lain jika ada lelaki pernah melukakan mu, dan jangan putus asa, kerana mungkin lelaki seterusnya itu adalah yang terbaik buat mu, dan dia jodohmu.

2 comments:

Anonymous said...

yang betul itu adalah, belum sampai waktunya Tuhan itu menunjukkan yang dipilihNYA.

Anonymous said...

kalau bakal sengsara hidup, bagus tidak ditunjuk, atau mungkin kerana itu Tuhan tidak tunjuk. kerana Tuhan tahu bagus utk hidup sendiri saja.

Post a Comment

 
Copyright © MerahWarnaPutih