Hujan dan Deraian

Di saat merah menaip,
hujan lebat di luar membasahi bumi.
menggantikan deraian air mata yang baru sahaja berhenti mengalir.

Merah cuba realistik.
dan juga cuba untuk logik.
ternyata ianya bagaikan plastik.
boleh di pakai, tetapi sekadar sementara.
menyedapkan jiwa,
tetapi ianya tidak sekukuh besi dan kaca.
apatah lagi intan permata.

Merah buntu.
adakah ini petanda baru.
bahawa pepatah "mencintai tidak semestinya memiliki" itu benar.
sesungguhnya, mental dan fizikal ini belum kuat.
untuk menerima kenyataan itu.

Apakah Merah harus membiarkan masa yang menentukan.
atau mengorak langkah dengan membuat penentuan.
sesungguhnya merah belum kuat.
pelbagai bayangan dan kenangan sentiasa menerjah minda.

Merah tidak kuat.
takutnya nanti, warna ini memudar.
dan tidak bermaya.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © MerahWarnaPutih