0

Hujan dan Deraian

Di saat merah menaip,
hujan lebat di luar membasahi bumi.
menggantikan deraian air mata yang baru sahaja berhenti mengalir.

Merah cuba realistik.
dan juga cuba untuk logik.
ternyata ianya bagaikan plastik.
boleh di pakai, tetapi sekadar sementara.
menyedapkan jiwa,
tetapi ianya tidak sekukuh besi dan kaca.
apatah lagi intan permata.

Merah buntu.
adakah ini petanda baru.
bahawa pepatah "mencintai tidak semestinya memiliki" itu benar.
sesungguhnya, mental dan fizikal ini belum kuat.
untuk menerima kenyataan itu.

Apakah Merah harus membiarkan masa yang menentukan.
atau mengorak langkah dengan membuat penentuan.
sesungguhnya merah belum kuat.
pelbagai bayangan dan kenangan sentiasa menerjah minda.

Merah tidak kuat.
takutnya nanti, warna ini memudar.
dan tidak bermaya.
0

e.m.o.s.i

Sejak kebelakangan ini, emosi merah tidak keruan.
terasa semuanya salah.
terasa semuanya tak betul.
orang cakap itu rasa nak marah.
orang cakap ini rasa terguris.

lalu mengalirlah air mata.

merah sama sekali tak ada niat nak melawan kata.
tetapi terasa ianya memang tak wajar.
diskriminasi yang melampau.
spekulasi yang keji.
streotaip yang buruk.

kadang-kadang merah terfikir.
apakah ini kerana kurang terpelajar?
maka dunianya menjadi terlalu sempit.
tidak melihat sesuatu dengan mata yang lebih terbuka?

merah amat kecewa.
apa gunanya ilmu yang ada.
apa gunanya pemahaman yg diterima.
apa gunanya keterbukaan mata dan minda.
jika tidak dapat menjelaskan.
jika tidak dapat membuat orang lain turut berkongsi apa yang di dalam kepala.

ternyata merah gagal.
kerana ingin menjaga hatinya.
kerana ingin menjaga maruahnya.
kerana ingin menjaga hubungan dengannya.
kerana tidak ingin dikata menderhaka.

merah memilih untuk diam.
dan menangis di kamar.

sendiri.
0

Januari

Salam Tahun Baru...
Mungkin agak terlewat, kerana hari ni dah 17 Januari 2011, tp tetap masih dalam mood tahun baru kot kan~ jadi Merah harap 2011 ini penuh bermakna.
0

Rasa Tanggungjawab Itu Indah


Sungguh indah perasaan ini.
Tanggungjawab.
Itulah yang dirasai.
Apabila melakukan sesuatu,
Dengan rasa penuh tanggungjawab.
Semuanya terasa sangat indah
dan
tidak melelahkan.

Hati jadi ingin terus menerus melakukan sesuatu.
Atas rasa tanggungjawab yang indah ini juga,
Merah bahagia.
0

Hati nan gundah~





Baru Merah sedari
dah lama tak menulis
dan yg pasti
Merah menulis pabila hati merasakan sesuatu
rasa yg pelbagai
rasa cinta
rasa sayang
rasa bahagia
rasa indah
dan
rasa gundah

Hari ini Merah rasa gundah
rasa sedih
dan
rasa pedih

Kenapa sepertinya tidak adil?
Apakah cuma kerana masalah yg ditimbulkan oleh manusia sendiri?
Sesungguhnya manusia itu sama
Sama sahaja tak mengira perbatasan
yang membedakan kita
adalah amalan kita terhadap Allah
dan orang lain.

Kalau ada yg jahat dr bangsanya,
belum tentu semua turut syaitan.
Kalau ada yg baik budi dr bangsanya
belum tentu seisi bangsanya tu baik2 seperti malaikat semuanya.

Adillah pada mereka
Adillah pada kami
Adillah padaku

Sesungguhnya perasaan ini
datangnya dari Allah
Maka
aku menjaganya kerana ku tahu
ia
pemberian indah dari Allah.
1

Victoria's Secret

Assalamualaikum dan Hello~
Victoria have Secret??
no more...
You also can have it~!!
what we call
Victoria's Secret~!!!
RM65 each or Buy ANY 3 items for RM 170!!!

RM65 each or Buy ANY 3 items for RM 170!!!


RM65 each or Buy ANY 3 items for RM 170!!!

Endless Love
(Apple Blossom, Honeydew, and Yiang Yiang)

Ultra-Moisturizing Hand and Body Cream RM65

Refreshing Body Mist RM65

Ultra-Softening Body Butter RM65

Buy 1 set for RM170!!!


Love Spell
(Cherry Blossom, Peach and White Jasmine)

Ultra-Moisturizing Hand and Body Cream RM65

Refreshing Body Mist RM65

Ultra-Softening Body Butter RM65

Buy 1 set for RM170!!!


Pure Seduction Handbag Set!!!!

ONLY RM 210

Body Mist(250ml), Body Wash(125ml) and Body Lotion(125ml)


SECRET CHARM GIFT SET - RM145

Body mist(125ml), Body Wash(125ml) and Body Lotion(125ml)


Body Wash

Mango Tempation - RM65

Lemon Paradise - RM65

Island Waters - RM65

GET A SET FOR RM170!!!
(body mist, body wash and body lotion)


Amber Romance
(Black Cherry, Creme Anglaise and Sandalwood)

Ultra-Moisturizing Hand and Body Cream RM65

Refreshing Body Mist RM65

Ultra-Softening Body Butter RM65

Exhilarating Body Wash RM65

Hydrating Body Lotion

Buy any 3 items for RM170!!!


Love Spell Midnight
(Hypnotic Blossom and Warm Vanilla)

Ultra-Moisturizing Hand and Body Cream RM65

Refreshing Body Mist RM65

Hydrating Body Lotion RM65

Buy 3 items for RM170!!!


Jojoba Sweet Surrender

Body Mist - RM65

Body Lotion - RM65

Hand and Body Lotion - RM65

Buy 3 for RM170!!


Pure Seduction Midnight
(Tempting Berry and Sultry Woods)

Ultra-Moisturizing Hand and Body Cream RM65

Refreshing Body Mist RM65

Hydrating Body Lotion RM65

Buy 3 items for RM170!!!


Strawberries and Champagne
(Strawberry, Champagne and Cassis)

Ultra-Moisturizing Hand and Body Cream RM65

Refreshing Body Mist RM65

Ultra-Softening Body Butter RM65

Exhilarating Body Wash RM65

Hydrating Body Lotion

Buy any 3 items for RM170!!!

0

Ramadhan Bulan Barakah


Hari ini di ajak bonda tercinta,
ke kelas ilmu,
oleh Dr. Fatma El Zahraa.

Beliau adalah orang Arab yang telah menikahi warga tempatan (Malaysia).
Beliau telah tinggal di Malaysia selama 39 tahun, lebih lama dari jangka waktu beliau tinggal di Mesir.
Beliau dahulunya adalah seorang Doktor Pergigian.

Hari ini, kelas membincangkan tentang Amalan Ramadhan.
Mungkin yang merah tulis di sini tidak seberapa,
harapnya tetap dapat berkongsi bersama.

Empat Jenis Hati

1) Hati Baik -Pemilik hati ini memang bagus, imannya tinggi pendek kata segalanya baik lah.
2) Hati Busuk - Pemilik hati penuh dengan hasad dengki, dan dipenuhi dengan pelbagai dosa dalam hidupnya.
3) Hati Mati - Pemilik hati tidak tahu apa-apa. apa itu solat? apa itu puasa? untuk apa ibadah? apa syurga? serba tidak tahu. kosong. hati mati.
4) Hati Lalai - Pemilik hati berilmu, tahu hukum halal haram, tetapi masih berbuat dosa, tidak konsisten solat, melewatkan solat, dan sebagainya.

Ibadah Sedekah

Sepanjang Ramadhan, Rasulullah tidak pernah meninggalkan ibadah sedekah ini walaupun sehari. setiap hari baginda akan bersedekah di Bulan Ramadhan.
Hikmah sedekah;

1) Tolak Bala
2) Doa dimakbulkan
3) Dosa terampun bagaikan air memadamkan api.

Solat Sunat Muakadah (Solat Sunat 12 rakaat yang tidak pernah ditinggal oleh Rasulullah di Bulan Ramadhan)

Solat-solat sunat ini mampu menggantikan solat fardu yg pernah ditinggalkan dahulu.
Solat-solat tersebut adalah:

-2 Rakaat sebelum Subuh
-4 Rakaat sebelum Zuhur
-2 Rakaat selepas Zuhur
-2 Rakaat selepas Maghrib
-2 Rakaat selepas Isya'

Solat Sunat Muakadah yang lain adalah:

- Solat Duha (sekitar jam 9pg-12tgh hari)
- Solat Witir

Solat Sunat bukan Muakadah (Solat sunat yang kadang-kadang Rasulullah buat, kadang-kadang tidak)

- 2 Rakaat sebelum Asar
- 2 Rakaat sebelum Maghrib
- 2 Rakaat sebelum Isya'



Semoga sedikit perkongsian ini membawa barkah kepada kita di Bulan Ramadhan kali ini.
Salam Ramadhan.



0

rajin itu indah


perasaan indah itu abstrak.
kita merasa hidup kita indah dan sempurna melalui pelbagai cara.
ianya unik.
pagi ini, di hening pagi jam empat,
merah merasai keindahan itu.
membaca dan menulis.
berfikir dan menyatakan pemikiran.
ianya indah buat merah.
mungkin membaca,berfikir, dan menulis apa yg difikirkan merupakan putih yang baru buat merah.
ya, merah mencintai putih-putihnya.
0

Merah mencari Putih yang baru

Merah mencari Putih yang baru
bukan Merah dah tak sayang Putih yang ini
tapi Putih dah tak cukup fit untuk bersama-sama Merah menghadapi cabaran mendatang
Putih perlu rehat, malah mungkin bersara.
maka Merah terpaksa mencari Putih yang baru.
hampir dua tahun Merah bersama Putih yang ini
mana mungkin Merah melupakan jasamu,
Putihku terchinta~
0

Terima kasih Putih.

terima kasih yang tidak terhingga, Putih.
Merah tidak mungkin mampu membalasnya.
namun begitu, Merah berjanji akan menjaga Putih kembali sebaik mungkin yang Merah mampu.
Merah ini menyayangi Putih-putihnya.
 
Copyright © MerahWarnaPutih